Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam. Saya ingin bertanya, apakah hukum makan ikan mentah?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, berdasarkan pandangan Imam Nawawi rahimahullah (Ulama mazhab Syafie) dalam kitabnya kitab Al-Majmu’ menyatakan:ولو ابتلع سمكة حية أو قطع فلقة منها وأكلها أو ابتلع جرادة حية أو فلقة منها فوجهان (أصحهما) يكره ولا يحرم (والثانى) يحرم وبه قطع الشيخ أبو حامد Maksudnya: “Jika ada orang yang makan ikan masih hidup atau mengambil sepotong daging ikan hidup, lalu dia makan atau menelan belalang yang masih hidup atau mengambil sepotong dagingnya, di sana ada dua pendapat. Pendapat yang lebih benar, hukumnya makruh dan tidak haram. Pendapat kedua, hukumnya haram. Ini merupakan pendapat Syaikh Abu Hamid.” Oleh itu, jika kita memakan ikan yang masih hidup adalah makruh kerana dianggap menyeksa haiwan tersebut. Adapun jika ikan itu telah dipastikan benar-benar mati, lalu makan secara mentah tanpa dimasak adalah harus hukumnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.