Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya penjaga kpd adik perempuan saya berumor 37 tahun . Dia seorang OKU "down syndrom" mempunyai masallah tak boleh membaca dan mengira. Soalan saya wajib ke adik saya membayar zakat atas wang pencen yang di terima setiap bulan, gelang dan rantai emas dan wang simpanan . Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Syarat berzakat adalah seperti berikut: 1) Islam 2) Pemilikan sempurna 3) Cukup nisab 4)Cukup haul 5) Harta yang berkembang . Oleh yang demikian, berpandukan kepada syarat berzakat di atas, adik perempuan saudara wajib untuk berzakat. Justeru itu segala harta kepunyaan adik perempuan saudara adalah wajib dizakatkan jika telah cukup syarat tersebut dengan diuruskan oleh saudara selaku abang yang menjaganya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.