Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum Datuk Mufti, Saya nak tanya 1 soalan..Saya dah berumah tangga gampir 10 tahun. Dari mula nikah hingga sekarang isteri sering datang haid tidak teratur,dan kadang-kadang tu masa kedatangan terlalu panjang dan kerap berulang dalam bulan yang sama,kadang ada masa ianya tidak meleleh keluar pun cuma darah ada didalam lubang faraj..keadaan ini mnyukarkan hubungan intim antara saya dan isteri..Soalan saya...BOLEHKAH SAYA MAIN BIJI KELENTIK ISTERI SAYA HINGGA DIA KLIMAKS (KELUAR MANI) ERTI KATA LAIN MELAKUKAN ONANI TERHADAP ISTERI KETIKA DALAM HAID..sebab dari segi pengetahuan saya cuma jimak (memasukan zakar ke dalam lubang faraj isteri ja tidak boleh ketika haid). Minta tolong Datuk mufti terangkan hukum dan perbetulkan jika saya tersilap. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, perlu kita fahami bahawa Islam melarang pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan intim sepanjang tempoh keluarnya darah haid. Hal ini termasuklah berseronok atau bermesraan secara seksual di antara pusat hingga lutut menurut mazhab al-Syafie. Larangan ini dinyatakan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222 :
Maksudnya: Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum
Al-I’tizal (الاعتزال) di sini asalnya bermaksud meninggalkan persetubuhan. Justeru, mubasyarah (bermesraan secara langsung tanpa lapik) antara suami isteri pada bahagian antara pusat dan lutut adalah dilarang kerana ia membawa kepada persetubuhan. Pendapat kedua dalam mazhab al-Syafie menyatakan bahawa tidak diharamkan perbuatan mubasyarah di antara pusat dan lutut. Ini kerana terdapat hadis daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda selepas menyebut ayat: 222 Surah al-Baqarah di atas:
Maksudnya: “Perbuatlah oleh kalian apa sahaja selain nikah (persetubuhan).” (Riwayat Muslim)
Dalil ini menunjukkan bahawa perkara yang diharamkan hanya persetubuhan dan larangan beristimta’ antara pusat dan lutut hanyalah larangan bersifat makruh yang meninggalkannya adalah digalakkan. Inilah antara ikhtiyarat (pendapat terpilih) oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah. Kesimpulannya, dibenarkan untuk beramal dengan pendapat kedua ini sekiranya suami dan isteri diuji dengan perkara yang boleh menyebabkan zina atau seumpamanya, selagi mana tidak melibatkan persetubuhan ketika haid.
Sekian, terima kasih.