BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya soalan. Apakah hukum duit yang diperolehi dari aplikasi like share. Duit diperoleh dalam bentuk coins dan akan ditukar kepada nilai RM sekiranya mencapai jumlah seratus ringgit. Cara kerjanya ialah, hanya perlu like, follow, suscribe media-media sosial yang diberikan dan akan memperoleh satu coins. Untuk mendapatkan lebih banyak task/coin dalam sehari, perlu melabur sejumlah wang tunai untuk naik ke level seterusnya. Mohon penjelasan mengenai perkara ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan maklumat yang diperolehi, likeshare app adalah berkonsepkan jual beli follower dan like di laman media sosial. Orang ramai boleh sign up sebagai pembeli ataupun penjual. Pembeli akan membeli followers dan penjual akan membuat task following di laman media sosial. Manakala penjual akan membuat tugasan untuk mendapatkan duit dari like share. Pulangan yang diperolehi adalah daripada hasil tugasan yang diberikan iaitu seberapa banyak like dan share melalui laman sosial facebook, Instagram, tik tok dan sebagainya. Umumnya akad berlaku adalah akad ju’alah iaitu upah yang diberikan hasil sesuatu tugasan yang dilaksanakan. Oleh itu, tugasan yang dilaksanakan dalam aplikasi ini hendaklah dipastikan ia adalah perkara yang dibenarkan oleh syara’ sahaja. Oleh itu, jika tugasan yang dilakukan adalah perkara yang haram maka haram pendapatan tersebut. Jika tugasan yang dilakukan adalah perkara yang halal maka halal pendapatan tersebut. Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Maidah ayat 2 ; وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image