BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum..Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Mufti Selangor kerana telah menyediakan "platform" Soal Jawap Agama untuk kami mendapatkan pencerahan daripada pihak yang lebih arif. Saya mempunyai soalan seperti di bawah: 1. Adakah seseorang lelaki dibenarkan berkahwin jika tidak mempunyai sebarang pekerjaan ataupun usaha untuk mencari pekerjaan untuk memberi nafkah kepada bakal isteri? 2. Berdasarkan soalan nombor 1, segala kelengkapan beliau dan bakal isteri, kami (adik & isteri) terpaksa tanggung. Memandangkan keadaan ekonomi sekarang tidak menentu, amatlah terbeban kepada kami berdua untuk menanggung segalanya. Perbelanjaan adalah seperti berikut : - Rumah : RM2,800 - Maintenance rumah : RM350 - Electric : RM450 - Bil air : RM50 - Kelengkapan rumah : fully furnished - Astro full : RM190 - Coway : RM179 #Total sebulan : RM 4,019 (setiap bulan)# Kami ada meminta beliau membayar sekurang-kurangnya bil elektrik tetapi beliau tidak mahu berbuat demikian. Ibu juga menuduh kami sebagai adik & adik ipar yang derhaka kerana berbuat demikian dan menganggap kami seorang yang berkira. 3. Sekarang kami terpaksa keluar dari rumah sendiri menyewa di rumah yang lain kerana hendak menjaga aurat seorang isteri. Adakah kami dikira berdosa? 4. Apakah cara yang sesuai yang kami perlu lakukan untuk meminta abang membayar sekurang-kurangnya utk nafkah bakal isteri beliau dimana mereka bakal berkahwin hujung minggu ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1) Hukum dalam perkahwinan dan lain-lainnya, wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sebelum melangsungkan perkahwinan, pihak lelaki perlu memastikan mempunyai kemampuan untuk menanggung keluarganya khususnya dalam pemberian nafkah kepada anak dan isteri. 2) Nafkah - wajib kepada suami mengikut kadar kemampuan. Isteri berhak mendapat nafkah mengikut kadar kemampuan suami. Perkahwinan adalah perkongsian hidup susah senang dalam menunaikan syariat Allah. Tanggungjawab dan hak adalah panduan bagi menjamin keharmonian rumahtangga, bukan sesuatu yang rigid kecuali di mahkamah yang ada pemutus. Ia tidak sesuai digunakan dalam komunikasi rumah tangga. 3) Ibu (orang tua) sepatutnya berperanan sebagai penasihat bukan penghukum. Lebih-lebih lagi dalam hal yang diluar kemampuan seseorang. Sedangkan tidak memberatkan kecuali mengikut kemampuan. Lebih wajar keluar rumah demi maslahah menjaga kerukunan rumahtangga. Bagi menjaga hubungan dan tanggungjawab kepada orang tua perlu ditunaikan semampunya, bersabar dan mohonlah pertolongan dari Allah. 4) Perlu dibawa berbincang secara telus, dari segi tanggungjawab, kemampuan dan masa depan. Bak kata pepatah “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” (al-idfaq al-umri) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 85

message user image