BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum......saya ingin bertanya.Islam telah mengajarkan cara untuk membersihakan najis bukan? cuma saya mendapat ilmu tentang sabun pencuci lantai boleh menguraikan najis yang kering(yang ringan seperti air kencing)atau dikenali sebagai najis huqmi.Pertanyaan saya adakah boleh kita membersihakan lantai yang terkena najis yang tidak lagi mempunyai 3 spesifikasi menggunakan sabun pencuci lantai.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Najis hukmi ialah yang tidak kelihatan najisnya secara jelas kerana telah kering dan tiada tanda-tanda seperti bau, rasa dan juga warna. Oleh itu, untuk menyucikan najis hukmi ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 136

message user image