BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Jatuhkah talak jika suami berkata: 1) Kalau aku ceraikan kau,kau dapat kahwin dengan lelaki yang musibat pun tak selesai masalah juga. 2) Aku ceraikan kau tak selesai masalah pun. 3) Kalau bercerai tu pilihan terbaik dah lama aku ceraikan kau tapi kita ni ada anak-anak kecil cerai bukan pilihan terbaik.


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan;

1. Ayat ini ada pernyataan kalau yang membawa makna suami menyatakan sekiranya suami menceraikan isteri. Ia berbentuk kemungkinan atau perancangan. Suami belum lagi melafazkan talak kepada isteri.

2. lafaz tersebut bukan lafaz cerai.

3.Ayat yang dilafazkan ini adalah berupa ayat pernyataan suami dan bukan ayat lafaz talak kepada isteri. Puan disarankan untuk membuat pengesahan di mahkamah Syariah berhampiran bagi membuat pengesahan lafaz-lafaz tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 464

message user image