BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum menggugurkan kandungan berusia 10 minggu ke bawah kerana mahu menunaikan fardhu haji?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berdasarkan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 26 yang bersidang pada 7 – 8 Mac 1990 memutuskan bahawa, haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan teruk yang membahayakan nyawa ibu. Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah memutuskan bahawa: 1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana ia dianggap sebagai satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. 2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Menggugurkan kandungan atas dasar mahu menunaikan haji bukanlah satu alasan yang kukuh. Ibadah haji boleh ditunda pada tahun yang berikutnya melalui perbincangan dengan pihak Tabung Haji. Anak yang dikandung adalah rezeki Allah SWT yang cukup besar buat pasangan suami isteri. Hargailah pemberian Allah SWT dengan penuh kesyukuran dan menjaga dengan sebaik-baiknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 246

message user image