BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalaamu'alaikum. Saya nak tanya bolehkah kalau wang simpanan kwsp yang bakal dikeluarkan zakatnya diberikan kepada ahli keluarga yang ingin menyelesaikan hutang? Adakah dengan berbuat begitu zakat wang kwsp tersebut dikira selesai? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, adalah harus jika penerima bukan di bawah tanggungan nafkah saudari, dengan syarat mereka merupakan salah satu daripada asnaf yang lapan. Walaubagaimanapun, membayar zakat kepada amil (pengurus zakat) adalah lebih tepat dan menepati sasaran Islam, kerana zakat berperanan secara efektif bila ia dikumpulkan dalam dana yang besar dan akan dijana pula secara lebih sistematik. Dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah, sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa. Di dalam Islam, patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 141

message user image