BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum,saya nak bertanya tentang solat subuh.saya start kerja jam4 subuh setiap hari, kerja sebagai driver hntr orang beli barangan di pasar untuk Di jual (pasar subuh),saya siap kerja jam6.30,jadi skrg bagaimana saya hendak solat sebab watku solat jam4.54 Dan balik dari kerja sudah habis waktu subuh,disebabakan skrg surau Dan masjid tutup..terima kasih.Assalammualaikum.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, menunaikan solat subuh dua rakaat hanya memerlukan masa dalam anggaran lima hingga sepuluh minit. Boleh dilakukan semasa menunggu orang yang dihantar membuat urusan pembelian barang. Solat juga tidak mesti dilakukan di rumah atau di surau. Solat boleh ditunaikan dimana-mana sahaja. Sediakanlah air sebotol untuk berwudhuk dan sejadah serta berpakaian yang suci. Tunaikanlah solat dimana-mana tempat yang sesuai dan selamat. Yakinlah apabila saudara berusaha untuk memulakan ia akan menjadi biasa (mudah). Selain mendapat ketenangan saudara akan beroleh keberkatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 120

message user image