BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada membeli insurans Prudential-Prulink (insurans hayat & perubatan)...Memandangkan saya sudah tidak bekerja saya telah surrender policy tersebut dan pihak insuran telah membayar blk sejumlah wang kepada saya dan jumlah tersebut adalah kurang dari jumlah sebenar premium yg telah saya byr kepada syarikat insurans. Adakah duit itu halal jika saya anggap sebagai simpanan kerana premium yg telah saya bayar lebih banyak dari bayaran yg syarikat insuran bayar balik. 2. Adakah saya boleh simpan duit tersebut di lembaga tabung haji. 3. Perlu ke saya bayar zakat bagi insurans tersebut. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam kali Ke-94 yang bersidang pada 20 hingga 22 April 2011 telah memutuskan seperti berikut: a. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam. b. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah. c. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin. Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, adalah difahami bahawa bayaran pokok atau wang caruman ahli sahaja yang dikira sebagai harta patuh syariah. Sehubungan itu, harus bagi puan untuk menerima bayaran balik yang diberikan oleh syarikat insurans pada kadar jumlah yang puan telah bayar kepada syarikat insurans atau kurang daripada itu. Wang tersebut adalah halal bagi puan dan boleh disimpan di Lembaga Tabung Haji. Wajib ditunaikan zakatnya jika cukup nisabnya sebaik sahaja wang itu diterima. Jika tidak cukup nisab, jumlah wang yang diterima itu hendaklah dikira bersama dengan pendapatan-pendapatan yang lain dalam kiraan zakat pendapatan bagi tahun semasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 85

message user image