Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam,saya ingin bertanya,saya baru perasan keychain kunci rumah yang diserah pada saya adalah kulit dan dari taiwan. Saya was was kulit jenis apa , dah cuba buat kajian dan bakar ,bila dibakar ada mengeluarkan bau seakan rambut terbakar ini.saya google katanya kulit babi akan mengeluarkan bau seperti itu.Tapi saya tak pasti kulit apa. Tangan kaedaan basah dan menyentuh keychain tersebut. Saya telah pegang merata tempat ,kemudian baru terfikir untuk sertu tangan saya. Adakah semua tempat dalam alatan yang saya pegang selepas memegang keychain tu saya perlu sertu juga? Banyak tempat tu. Harap dapat penjelasan untuk masalah saya ini.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tersebut, saudara hendaklah memastikan terlebih dahulu kesahihan kulit tersebut sama ada ia kulit khinzir atau bukan. Jika keychain itu dibuat daripada kulit Khinzir, maka wajib sertu tangan saudara. Jika keychain itu dibuat bukan daripada kulit khinzir, maka tidak wajib sertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.