BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah menyerahkan anak perempuan kedua saya kepada keluarga abang saya untuk dijadikan anak angkat kerana mereka belum mempunyai rezeki anak selepas beberapa tahun berkahwin.saya inginkan kepastian berkaitan kewajipan melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak tersebut. adakah hanya saya yg boleh melaksanakan aqiqah ataupun dibolehkan bapa angkatnya yg melaksanakan aqiqah? anak tersebut kini berusia 1 tahun 4 bulan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُه Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. (Riwayat Abu Daud) Dibolehkan sekiranya bapa angkat sebagai penjaga ingin melaksanakan ibadah aqiqah tersebut dengan syarat meminta keizinan daripada bapa kandung terlebih dahulu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 138

message user image