BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya bekerja sendiri. Dalam masa sekarang agak sukar nak dapatkan pembiayaan walaupun mampu bayar.Soalan saya:Adakah ianya salah dari segi syarak kalau kita rekod pendapatan sendiri (sewa rumah) atau masukkan wang sendiri dalam akaun perniagaan tapi direkod sebagai jualan. Ini akan meningkatkan kemampuan bayaran sebagai peminjam semasa permohonan pembiayaan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan,sekiranya rekod yang terdapat dalam penyata kewangan perniagaan berkaitan dengan pendapatan seperti sewaan, maka tiada halangan djadikan rekod sebagai hasil pendapatan. Namun jika selain dari pendapatan,maka ia dikira penipuan yang diharamkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 133

message user image