BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya menghadapi masalah hàid,umur sy 53 tahun.dahulu tempoh haid saya 7 hari,bbrp thun kblkgn ini haid sy 9 hari(yakin darah haid)msuk hari ke sepuluh-15 ada lendir keputihan jernih +coklat,/pink,/kuning dan tidak berbau..sy jd was2 waktu ini,dan sy solat juga..masuk hari ke 25 sy datang haid lagi(rutin tetap setiap bulan) Soalan sy,adalah haid sy hari1-10,11-25dikira suci walaupun ada kdg2ccair brwrna hingga hri ke 15 itu drh pnykit?minta penjelasan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya pada hari ke 10 sehingga hari ke 15, masih lagi kedapatan lendir yang bercampur dengan warna coklat/pink/kuning, ia menandakan haid puan masih belum kering dan masih lagi dalam tempoh haid. Pada ketika ini puan masih lagi belum suci dan masih dalam keadaan berhadas besar. Apabila masuk hari ke 16 walaupun masih ada lagi lendir yang bercampur warna coklat/pink/kuning ia adalah darah penyakit (istihadhah) dan puan perlu mandi wajib dan boleh untuk solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 66

message user image