Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Seorang kawan saya minta saya derma untuk sedikit renovation tempat sembahannya. Bolehkah saya beri sedikit duit untuk tujuan tersebut dengan nial hendak jaga hatinya dan persahabatan kami?
Jawapan
Merujuk kepada soalan Tuan, seseorang muslim amat digalakkan untuk menyumbang dan membantu dalam merealisasikan perkara yang dituntut oleh Allah SWT dan rasulNya, sebaliknya ditegah untuk membantu atau bersubahat dalam perkara yang diharamkan di dalam agama, lebih-lebih lagi perkara mensyirikkan Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam al-Quran; وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِÇËÈ Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. Islam menganjurkan kepada ummatnya untuk sentiasa menjaga keharmonian dan hubungan persahabatan di antara sesama islam dan bukan islam dengan syarat tidak membantu atau mendorong mereka melakukan perkara di haramkan atau perkara syirik. Sebagai cadangan, Tuan boleh menggunakan kaedah-kaedah lain yang masih ada dengan penuh hikmah, untuk memastikan persahabatan kekal terjalin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.