BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum, saya nak tanya. Pada umur saya 17 tahun, saya baru tahu yang puasa wajib yang ditinggalkan tika haid perlu diganti. Keluarga saya tak mampu untuk biaya saya dan abang masuk KAFA, kami hanya tahu hukum bacaan Al-quran sahaja. Masuk sekolah menengah baru belajar banyak benda. Sekarang, saya dah 23 tahun saya dah mampu untuk keluar zakat pendapatan. Soalan saya macam mana saya nak bayar fidhyah dan ganti puasa yang saya terlepas sebelum ini?


message user image

Jawapan  

Terima kasih kepada puan kerana sudi bertanya. Merujuk kepada persoalan puan. Puasa Ramadhan yang ditinggalkan disebabkan haid perlu digantikan kepada satu hari yang lain. Ini berdasarkan firman allah dalam surah al-baqarah ayat 184:- أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ Bermaskud : “Yaitu pada hari tertentu, apabila diantara kamu ada yang sakit atau sedang berada dalam perjalanan(musafir) lalu ia berbuka, maka wajib baginya untuk mengganti puasa sebanyak hari yang ditinggalkannya tersebut di hari yang lain”.Oleh itu, puan boleh menggantikan puasa yang ditinggalkan dahulu selagi mampu, dan puan boleh membayar fidyah puasa ke pihak baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri tempat puan tinggal. Pihak baitulmal akan mengirakan jumlah yang sepatutnya dibayar berdasarkan berapa hari puasa yang ditinggalkan. Wallahu a’alam. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 122

message user image