Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Asslamualaikum.. ade satu soalan mintak pencerahan dari ustaz.. saya pesakit kronik iaitu SLE.. pada tahun 2018 sebelum puasa usus besar pecah.. dan buat pembedahan dan pakai stoma bag.. jadi tak dapat puasa 2018&2019.. Selama tu tak sihat.. dan banyak masuk wad.. dan tahun ni awal tahun bedah dan sambung usus.. dan semakin baik.. tapi kedaan bawah jagaan dr. Sebab SLE ni serang kulit dan darah putih..dan ade jugak gastrik& maigrain.. perlu ke ganti 2 tahun yang tak puasa tu.. fidiah bayar selalu bila masuk syawal
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, Jika doktor telah mengesahkan bahawa puan tidak mempunyai harapan untuk sembuh maka puasa pada tahun 2018 dan 2019 tidak perlu diganti dan hanya perlu dibayar fidyah sahaja bagi tahun tersebut. Namun jika doktor mengesahkan puan mempunyai harapan untuk sembuh maka ianya perlu diganti dan juga dibayar fidyah. والله أعلم بالصواب terima kasih.