Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalam. Saya mahu bertanya. Saya ke mall, lepas tu saya pegang satu bungkusan gula2. Mulanya saya tak perasan, tiba saya nmpak tulisan,'containing gelatine' di atas bungkusan tu. Jadi, saya letak semula. Saya cuba cari di internet gelatine apa y digunakan tp masih belum jumpa. Saya takut gelatine itu gelatinr babi. Saya nak tanya, jikalau kita pegang bungkusan itu, perlukah kita samak? Kalau perlu, ada kah seperti biasa seperti samak biasa?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, jika saudari memegang atau menyentuh bungkusan gula-gula yang telah terbukti kesahihannya mengandungi gelatin babi, maka tangan saudari tidak dihukumkan sebagai najis dan tidak wajib sertu kerana tangan saudari tidak menyentuh secara langsung dengan gula-gula tersebut. Jika saudari memegang atau menyentuh gula-gula yang telah terbukti kesahihannya mengandungi gelatin babi secara langsung, maka wajib sertu tangan saudari dengan menyucikan sebanyak 7 kali basuhan air mutlak dan salah satu daripadanya air yang bercampur tanah. Rasulullah SAW bersabda: طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابMaksudnya: “Untuk membersihkan bejana kamu apabila dijilat anjing hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali. Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah.” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.