Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz. Soalan saya bagaimanakah ingin menggantikan air didalam baldi yang terkena najis dimana air itu kurang dari dua kolah. Adakah dengan membuang air itu lalu mengisikan dengan air baru. Atau adakah setelah dibuang air itu kita perlu membasuh baldi itu terlebih dahulu dan lalu baru boleh mengisi dengan air baharu yang suci.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, menurut mazhab syafie, air yang terkena najis kurang daripada dua kolah walaupun tidak mengubah bau, rasa dan warna, maka hukumnya adalah mutanajis. Cara menyucikannya dengan membuang air najis di dalam baldi terlebih dahulu dan sebelum mengisi air baharu yang suci, wajib membasuh baldi tersebut sehingga hilang sifat najis iaitu bau, rasa dan warna. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.