Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Ustaz, Bolehkah jika saya bertanya, apa hukum taaruf dengan ramai calon sekaligus?(Penjelasan/soalan lanjut seperti di bawah..) 1) Ini untuk platform jodoh online seperti Baitul Muslim, Baitul Jannah, Till Jannah, dan lain 2. Disebabkan kita ada beberapa pilihan, dan semua di situ kemungkinan mesej serentak, jadi tidak salah untuk kita berkenalan dengan semua dahulu, membuat keputusan selepas kita puas hati, dengan kriteria yg dia penuhi dan jawapan2 mereka....? Kerana tidak mungkin kita boleh hold seorang calon dahulu, kerana kita sedang berkenalan dengan calon lain (A), walhal tak sure calon A melengkapi ciri2 kita atau tidak. >> Apa yang kawan saya beritahu, kita tidak boleh taaruf ramai orang dalam satu masa (ini utk konsep taaruf yg tukar borang atau traditional way) kerana menzalimi katanya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari ; 1. Hukum bertaaruf dengan lelaki bagi memilih pasangan adalah harus tetapi ia mestilah mengikut ketetapan yang dibenarkan dalam Islam dan tidak bertentangan dengan syarak. Sekiranya bertaaruf dengan ramai lelaki melalui platform online atau maya dan ia boleh mendatangkan fitnah wanita maka perlulah dielakkan. 2. Tidak menjadi kesalahan apabila memilih pasangan yang sekufu kerana Islam juga menyarankan sedemikian. Rasulullah SAW berpesan melalui hadis Nya yang bermaksud ; “Wanita dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, nescaya kamu beruntung.” (Riwayat Bukhari) Oleh itu bagi seorang wanita apabila datang kepadanya seorang lelaki yang beragama dan baik akhlaknya maka terimalah kerana apabila seseorang itu beragama nescaya keperibadiannya yang lain juga adalah baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.