BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, ingin bertanya tentang samak. Saya sewakan rumah kepada seorang lelaki Cina hanya selama 2 bulan yang saya fikir dia tidak memasak (peti ais tiada bahan masakan) dan tiada anjing (tidak dibenar memelihara oleh pengurusan apartmen). Hanya sedikit kemungkinan memanaskan makanan(tidak halal termasuk babi). Perlukah saya samak perkakasan yang mungkin terkena makan yg tidak halal itu? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Dalam permasalahan yang dinyatakan, sebaiknya sertulah bagi menghilangkan keraguan dan was-was. Kaedah basuhan adalah dengan basuhan air mutlak sebanyak tujuh kali yang mana salah satu cuciannya hendaklah menggunakan air tanah. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 198

message user image