BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin memohon sedikit pencerahan tentang permasalahan rakan saya. Terdetiknya hati saya bertanya di forum ini adalah atas rasa simpati saya padanya yang benar-benar ingin bertaubat. Dan meminta agar identitinya dirahsiakan. Dahulu, rakan saya pernah melakukan kesalahan mencabul kehormatan. Kesalahan itu dilakukan pada wanita yang tidak kenalinya. Dalam erti kata lain, penganiayaan terhadap wanita tersebut. Tetapi kini, dia telah bertaubat dengan taubat nasuha dan sedang dalam usaha membersihkan jiwa serta sering mendekatkan diri pada Allah. Apakah yang perlu dilakukan oleh rakan saya bagi menghapuskan dosa lalu atas kesalahan mencabul itu?Adakah dia hanya perlu bertaubat nasuha kerana percaya bahawa Allah menutupi aibnya? Adakah dia perlu memohon maaf kepada wanita yang pernah dicabulnya? Sekiranya dia gagal bertemu dengan wanita yang pernah dicabulnya dahulu kerana tidak mengetahui lokasi mereka, apakah yang perlu dia lakukan? apakah dia menanggung dosa yang besar walaupun setelah bertaubat nasuha? Apakah cara baginya untuk menyucikan dirinya dari dosa silam itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perlu bertaubat (taubat nasuha) dengan sebenar-benarnya. Sama ada perlu minta maaf atau tidak ia bergantung dengan sejauh mana maslahat atau tidak mudharatnya. Pada asasnya, memang perlu meminta maaf lebih-lebih lagi jika dilakukan secara paksa. Waalau bagimanapun jika dilakukan atas dorongan nafsu bersama, semua telahan pula tidak tahu dimana ia berada, dan hanya akan menimbulkan kemudharatan yang lebih besar, maka memadailah dengan hanya bertaubat nasuha. Selebihnya serahkan kepada Allah yang Maha menerima taubat hambaNya, yang kembali ke jalan yang benar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 209

message user image