BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.Apa khabar semua di pejabat mufti? Semoga baik2 semuanya.Saya ada satu persoalan tentang unsur riba. Situasi seperti berikut. Kawan sy bekerja di sebuah koperasi yang menawarkan perkhidmatan pinjaman dan sbgnya. Kebanyakkan pelanggan adalah penjawat awam. Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan ialah penyelesaian hutang lama yg telah disenaraihitamkan oleh pihak bank/lain-lain. Jadi, staff koperasi akan menilai permohonan pinjaman baru, jika layak, mereka akan mencari funder utk menyelesaikan hutang lama pemohon.Staff koperasi akan uruskan semua daripada mencari funder, termasuk menyelesaikan hutang lama pelanggan dgn pihak2 tertentu. Selepas htg lama diselesaikan, pinjaman baru akan diluluskan, dan caj sebanyak 20% dr jumlah htg lama akan dikenakan. Funder yg telah melaburkan duit yg akan menerima charge 20% tersebut, kebiasaannya dalam masa seminggu sahaja utk dapatkan pulangan. Soalan sy, adakah 20% yg diterima funder dikira riba? Atau bolehkah ianya dikira sebagai ujrah? Mohon pencerahan dari pejabat mufti. Dalam keadaan sekarang yang kehilangan kerja akibat covid, tawaran ini agak menarik buat sy. Tapi sy risau jika ianya dikira riba.


message user image

Jawapan  

Terima kasih kepada puan kerana sudi bertanya. Merujuk kepada persoalan puan. Puasa Ramadhan yang ditinggalkan disebabkan haid perlu digantikan kepada satu hari yang lain. Ini berdasarkan firman allah dalam surah al-baqarah ayat 184:- أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ Bermaskud : “Yaitu pada hari tertentu, apabila diantara kamu ada yang sakit atau sedang berada dalam perjalanan(musafir) lalu ia berbuka, maka wajib baginya untuk mengganti puasa sebanyak hari yang ditinggalkannya tersebut di hari yang lain”. Oleh itu, puan boleh menggantikan puasa yang ditinggalkan dahulu selagi mampu, dan puan boleh membayar fidyah puasa ke pihak baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri tempat puan tinggal. Pihak baitulmal akan mengirakan jumlah yang sepatutnya dibayar berdasarkan berapa hari puasa yang ditinggalkan. Wallahu a’alam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 87

message user image