BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz, saya ingin bertanya tentang keputihan keputihan hang dialami oleh para wanita ketika wktu solat.1) adakah ianya keputihan dikira sebagai najis jika ianya berada di kawasan luaran faraj? 2) adakah cecair (teksturnya seperti air)yang keluar sewaktu solat itu dikira najis jika terdapat pada panty liner?Tetapi apabila saya cek di bahagian faraj, ada sdikit lendiran keputihan. Persoalannya adakah perkara di atas dikira sebagai najis jika perkara ini didapati selepas daripada solat? Adakah sah solat saya? 3) saya ingin bertanya, apabila saya selesai solat maghrib. Adakah wajib bagi sy untuk memeriksa jika terdapat sebarang keputihan yang keluar sebelum saya melaksanakan solat fardhu isyak yang disusuli dengan beberapa solat lain.Kemudiannya selepas solat didapati terdapat cairan di panty liner mahu pun tisu yang sy jadikanya sebagai pelapik bagi menampung keputihan tersebut. Adakah sah solat saya jika perkara demikian berlaku? Maaf soalan panjang, terima kasih ya pihak mufti. Saya persoalan yang saya ajukan ini mendapat penyelesaian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari ; 1. Keputihan adalah dikira sebagai najis dan perlu disucikan sebelum mengambil wudhuk dan bersolat. 2. Sekiranya diyakini bahawa keputihan tersebut telah ada semasa solat, hendaklah disucikan terlebih dahulu keputihan yang ada dan perlu mengulangi semula solat tersebut. 3. Apabila saudari memang berhadapan dengan masalah keputihan dan sering mengalaminya, adalah menjadi keperluan untuk saudari sentiasa memeriksa dan dan menyucikannya setiap kali sebelum berwuduk dan solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 324

message user image