BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalam, saya nak bertanya mengenai hutang. 1- Jika saya pernah berhutang tapi telah lupa mengenai hutang tersebut apa yang sepatutnya saya buat (dalam kes ini, pemberi hutang telah meninggal dunia/ tidak dapat dihubungi) 2. Bolehkan saya niatkan sedekah duit/ harta dengan niat untuk langsaikan hutang (dalam kes ini, pemberi hutang telah meninggal dunia/ tidak dapat dihubungi)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, wajib menyelesaikan hutang kepada waris individu tersebut, status hutang tetap hutang. Dicadangkan agar berusaha mencari mereka yang terlibat menggunakan media sosial dan sebagainya sedaya upaya. Jika tidak ditemui, wang tersebut hendaklah diserahkan ke Baitulmal sebagai wang yang tidak ditemui pemiliknya. Tetapi jika terjumpa semula dengan waris individu tersebu, saudara hendaklah mengembalikan semula duitnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 152

message user image