BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum.. saya ingin bertanya tuan. Saya sebagai pemandu lori syarikat pembersihan, di samping itu syarikat saya ada memproses hampas kelapa (dedak) untuk dijadikan makanan ternakan khinzir, apakah hukumnya saya menghantar dedak tersebut ke kandang khinzir.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan diajukan, pihak kami berpandangan bahawa hukum bekerja sebagai pemandu lori bagi menghantar dedak makanan khinzir adalah harus. Ini kerana, secara asalnya hukum bagi sesuatu urusan muamalat adalah harus selama mana tiada terdapat dalil yang melarangnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 298

message user image