Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum..saya nak bertanya tentang cara cara tanam anggota badan yang dipotong akibat kencing manis..adakah cara tanam itu perlu mengikut kaedah islam..ataupun hanya sekadar tanam di dalam tanah sahaja..mohon pencerahan dari tuan..terima kasih.
Jawapan
Menurut mazhab As-Syafi’ie, mana-mana anggota badan yang dipotong disebabkan sakit pemiliknya masih hidup, maka ia sunat ditanam sahaja dan tidak wajib disolatkan. Ini dinyatakan oleh Imam Nawawi:لا خلاف أن اليد المقطوعة في السَّرقة والقِصاص لا تغسل ولا يُصلَّى عليها، ولكن تلفُّ في خِرقة وتدفن وكذا الأظفار المقلومة والشَّعَر المأخوذ من الأحياء لا يصلَّى على شيء منها، لكن يستحَبُّ دفنها Maksudnya: “Tiada khilaf bahawa tangan yang dipotong kerana hukuman mencuri dan qisas tidak wajib dimandi dan disolatkan. Memadai dengan hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Begitu juga dengan kuku dan rambut yang dipotong daripada orang yang masih hidup. Maka ia tidak perlu disolatkan, tetapi mustahab ditanam.” Oleh itu, kaki yang dipotong kerana penyakit kencing manis hanya disunatkan diurus dengan baik iaitu dibasuh dan dan dibungkus dengan rapi, kemudian ditanam pada kadar yang dalam agar ia tidak dapat dikesan oleh binatang liar, kerana kemuliaan yang ada pada manusia, Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra’ Ayat 70 :وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak AdamWallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.