BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum menjual/membeli barangan cetak rompak atau "copy-ori"? Sama ada pemilik sebenar jenama tersebut ada ataupun tiada copyright.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya harus jika ada kebenaran dan keizinan daripada pemilik asal dan tidak menyalahi undang-undang negara. Namun, jika sebaliknya, haram hukumya kerana menyalahi etika dan peraturan perniagaan, kerana harta intelek telah diiktiraf dalam Islam sebagai harta persendirian. Maka ia adalah haram, kerana makan harta dengan jalan batil, ia menjejaskan pemilik sebenar jenama tersebut. Adapun, jual belinya sah kerana cukup rukun dan syaratnya. Walau bagaimanapun, menjalankan perniagaan barangan tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 511

message user image