BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Salam tuan mufti,Saya ingin bertanya mengenai hukum menonton kartun ataupun anime.Hal ini kerana saya berfikir bahawa ia tetap haram kerana menonjolkan aurat dan menunjukkan bahawa setiap karakter menjalani gaya hidup bebas yang sememangnya bertentangan dengan akidah Islam.Sebahagian jalan cerita kartun atau anime tersebut juga mengandungi adegan dimana mereka patah hati,bercinta,warnakan rambut dan kita sebagai seoramg Islam seharusnya mengelakkan perkara sebegitu dan membencinya.Jadi adakah hukumnya haram.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum asal menonton kartun atau anime adalah harus, selagi mana ianya tidak mengandungi sebarang unsur-unsur maksiat di dalamnya. Namun, hukumnya menjadi haram sekiranya ia melibatkan perkara seperti berpakaian tidak sopan, menghabiskan terlalu banyak masa dan mengabaikan kewajipan dalam agama. Sebagaimana firman Allah SWT yang mengarahkan setiap orang Islam agar memelihara pandangan dan menjaga kehormatan:قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ﴿٣٠﴾ Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nur: 30) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 184

message user image