BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan:Assalamualaikum ustaz, saya terdapat kemusykilan berkaitan dengan perbuatan sesetengah anak muda zaman sekarang yang melakukan solat jemaah melalui video call atau live streaming adakah sah solat tersebut dan bagaimana pula dengan pahala solat jemaah adakah dikira? Mohon pencerahan , terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, solat tersebut adalah tidak sah dan tiada pahala jemaah bagi mereka. Bahkan perlu mengqada’kan semula solatnya. Ini kerana syarat sah al-iqtida’ (mengikut imam / berjemaah) ialah imam dan makmum berada dalam satu tempat yang sama. Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani ada menyebutkan di dalam kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain “antara syaratnya juga ialah sah berjemaah jika kedudukan imam dan makmum diselangi oleh binaan seperti telaga atau laluan atau menara atau seumpamanya, selagi terdapat pintu sekadar yang boleh melalui untuk pergi kepada imam walaupun terpaksa berpaling daripada kiblat atau membelakangkannya atau semua pintunya tertutup selagi ia tidak berpaku hanya berkunci yang senang dibuka. Adapun jika diselangi oleh binaan yang tidak dapat dilalui untuk pergi kepada imam atau pagar besi atau semua pintunya dipaku maka tidaklah sah berjemaah”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 63

message user image