BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanya berkenaan dengan zakat simpanan. Situasinya adalah dimana, saya membuat potongan bulanan di dalam Tabung Haji dan setiap tahun duit simpanan itu sudah dibayarkan zakat oleh pihak tabung haji seperti yang kita sedia maklum. Selepas duit itu, duit tersebut saya keluarkan pada setiap tahun dalam jumlah rm10,000 setahun dan dimasukkan didalam takaful simpanan yang lain untuk tujuan pelaburan dan tempoh matangnya adalah pada tahun ke 10. Soalan saya, adakah perlu duit yang saya ambil daripada tabung haji tadi dan dimasukkan dalam takaful tersebut perlu dibayar zakat lagi pada setiap tahun?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, zakat diwajibkan ke atas simpanan yang telah cukup syarat. Oleh itu, simpanan di takaful simpanan wajib dizakatkan jika cukup haul, nisab dan mempunyai pemilikan sempurna duit simpanan tersebut. Seandainya tempoh di antara dua transaksi iaitu keadaan di mana duit yang dikeluarkan itu terus dimasukkan ke dalam takaful simpanan maka ianya tidak perlu dizakatkan. Namun jika tidak ia wajib dizakatkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 162

message user image