BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan pelaburan matawang. Sekarang di Malaysia terdapat ramai orang islam telah meyertai pelaburan matawang iaitu forsagetron.io/ adakah ianya patuh syariah dan boleh disertai. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Forsage TRX telah tersenarai dalam bahagian yang mengandungi senarai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan yang mana ia menjalankan aktiviti pasaran modal tanpa lesen dalam urus niaga sekuriti. Perkara ini merujuk kepada laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu; https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/investor-alert-list Oleh itu, pelaburan yang telah dipastikan menjalankan aktiviti pasaran modal tanpa lesen dalam urus niaga sekuriti oleh agensi yang berautoriti, maka berurusan dengannya hendaklah dielakkan والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image