BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan/ustaz/ustazah. Saya nak bertanya, bolehkah saya pergi balik kampung utk mengundi walaupun ibu saya tak bagi saya balik kerana pilihan calon kami berbeza? Adakah berdosa sekiranya saya tidak mengikut pilihan ibu saya semasa mengundi tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Saudari boleh balik ke kampung dan mengundi sebagaimana calon pilihan saudari. Ini kerana hak untuk mengundi bagi warganegara yang telah layak adalah dilindungi dan tiada pihak-pihak yang boleh menghalang untuknya keluar mengundi sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang Malaysia Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 3 (1) (n) atau Seksyen 4A. (1) jika disabitkan kesalahannya mereka boleh dipenjara atau denda atau kedua-duanya sekali. (http://www.spr.gov.my/sites/default/files/perundangan/akta-5-cetakan-semula-2016.pdf) 2. Tidak berdosa kerana perkara ini tidak termasuk dalam perkara yang menyalahi hukum syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 90

message user image