BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Banyak orang viral cerita perbualan Nabi Musa dgn Allah mengenai kelebihan ibadah sedekah berbanding ibadah lain. Persoalan saya adakah cerita ni berdasarkan hadis? Ni salah satu contoh viral tersebut https://umma.id/article/share/en/1017/568911


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, Hukum beri zakat kepada bukan Islam adalah dibolehkan hanya sekiranya ianya menjadi penyebab individu terbabit memeluk Islam di bawah asnaf Mu’allafati Qulubuhum. Selaras dengan firman Allah SWT: إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ  Maksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan al-muallafah qulubuhum (orang yang dijinakkan hati-hati mereka), dan al-riqab (hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya), dan al-gharimin (orang-orang yang berhutang), dan fi sabilillah (untuk dibelanjakan pada jalan Allah) dan Ibn Sabil (orang-orang musafir yang putus bekalan dalam perjalanan)”. (Surah al-Taubah: 60) Berdasarkan pelaksanaan di Negeri Selangor Lembaga Zakat Selangor telah menetapkan zakat hanya difardukan kepada Muslim sahaja, sama ada sebagai muzakki (pengeluar zakat) atau mustahik (penerima zakat). Pengecualian hanya kepada asnaf muallaf sahaja iaitu mereka yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam. Namun, ia tertakluk kepada kriteria-kriteria berikut: 1. Disahkan memeluk agama Islam oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau mana-mana institusi yang diiktiraf; 2. Muallaf, tanggungan sedia ada dan anak-anak yang lahir selepas memeluk agama Islam yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan dalam tempoh lima (5) tahun; 3. Ketua atau orang bukan Islam yang berpengaruh dan berjinak-jinak dengan Islam dan diharapkan pemberian zakat akan menarik beliau sendiri dan mempengaruhi masyarakatnya kepada Islam. 4. Ahli keluarga muallaf yang berpotensi untuk memeluk Islam; 5. Mereka yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam; serta 6. Orang-orang bukan Islam yang duduk di sempadan dan dikhuatiri akan belot kepada pemerintah Islam. (Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor. 18 November 2019) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 149

message user image