Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Anak saya telah melafazkan Takliq dengan menyatakan KALAU DIA PERGI MEMANCING LAGI AKAN JATUH TALAK 3 kepada ibunya dalam keadaan marah dan bagi memuaskan hati ibunya yang dia tidak akan pergi memancing lagi. Semasa kejadian isterinya turut berada ditempat kejadian. Mohon pandangan ustaz. 1. Semasa kejadian suami dalam keadaan marah. 2. Suami sememangnya tidak berniat untuk menceraikan isterinya sekadar memuaskan hati ibunya yang sering berleter memarahinya pergi memancing. 3. Sah atau tidak sah lafaz taklik tu. 4. Sekiranya sah dan suami telah melanggar syarat takliq tersebut adakah akan jatuh talak Tiga atau Talak Satu.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, secara asasnya jika suami bertaklik tercerai isterinya, maka ianya boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isterinya sekiranya dilanggar taklik tersebut. Namun, jika tidak disandarkan kepada isterinya maka tidak jatuh talak disebabkan rukun talaq tidak sempurna. Memandangkan pengesahan talak adalah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, maka tuan bolehlah hadir dengan kadar yang segera ke mahkamah syariah yang berhampiran bagi merujuk persoalan yang dinyatakan oleh pihak tuan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.