BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Duit bayaran pampasan sukarela akibat dari perbehentian kerja adakah wajib dikenakam zakat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, ya, duit pampasan yang diterima akibat daripada pemberhentian kerja wajib dikeluarkan zakat ke atasnya sekiranya cukup syarat nisab. Wang yang diterima daripada pampasan adalah termasuk dalam jenis-jenis harta pendapatan yang wajib dikeluarkan zakat. Komponen zakat pendapatan dapat dibahagikan seperti berikut : 1. Harta penggajian dan upah kerja bermaksud harta yang diperolehi oleh seseorang daripada pekerjaan yang dilakukan. 2. Harta pemberian atau sumbangan iaitu harta yang diperolehi oleh sesorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Contohnya; hadiah, hibah, pencen pasangan, pampasan dan harta pusaka. 3. Harta kerja bebas iaitu hasi daripada pekerjaa yang dilakukan sendiri seperti bayaran konsultasi profesioanal, bayaran royalti dan hasil tunai hasil jualan aset. 4. Harta al-Mustaghallat iaitu harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan seperti hasil sewaan bangunan atau kenderaan dan hasil daripaada ternakan binatang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 71

message user image