Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Mohon pencerahan n perkongsian ilmu dari ustaz. Ada berdosa seseorang wanita bujang/berkahwin memperlihatkan wajahnya dgn bersolek/bermekap d laman sosial dgn niat utk melariskan perniagaan (kosmetik)? Seandainya wanita berkenaan telah berkahwin, adakah suaminya berdosa disebabkan isterinya memperlihatkan wajahnya utk tatapan umum dgn niat melariskan jualan produk kosmetik berkenaan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Islam datang memberi pembelaan kepada kaum wanita dalam batas-batas tertentu. Kedudukannya sama ada sesudah berkahwin atau belum dalam berpakaian dan penampilan diri tidak ada bezanya. Firman Allah yang berbunyi; وَقَرْنَ فِيْ بُيُوْتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْاُوْلٰى وَاَقِمْنَ الصَّلٰوةَ وَاٰتِيْنَ الزَّكٰوةَ وَاَطِعْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَه ۗاِنَّمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ اَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًاۚ Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosqa dari kamu wahia ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. (Surah al- Ahzab ayat 33)وَقُلْ لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَارِ هِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتُهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهُنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ اَو اٰبَآئِهِنَّ اَوْ اٰبَآءِبُعُولَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَآئِهِنَّ اَوْ اَبْنَآءِبُعُولَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيۤ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيۤ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَآئِهِنَّ اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُنَّ اَو التَّابِعِينَ غَيْرَ اُولِى الْاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَآءِۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتُهُنَّۗ وَتُوبُوۤا اِلَى اللهِ جَمِيعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya: “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka , atau saudara- saudar laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, Wahai orang –orang yang beriman, agar kamu beruntung”.(Surah an-Nur ayat 31) tentang Asma binti Abu Bakar yang diingatkan nabi, agar tidak memeperlihatkan anggota tubuh selain muka dan telapak tangan. يا أسماء إنَّ الْمَرْأَةُ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلَحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهذَاَ Maksudnya : “Wahai Asma! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh Nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (baginda mengisyaratkan muka dan telapak tangan)”. (Hadis Abu Daud) Adalah harus jika memaparkan aspek bakat dan potensi atau kecerdasan mental dan kepandaian, bukan manipulasi golongan wanita hingga menjatuhkan maruahnya seperti; i. Memperagakan badan yang tiada kaitan dengan produk yang hendak dipasarkan atau menunjukkan seseorang wanita itu penuh dengan emosi. ii.Dalam keadaan tidak menutup aurat , termasuk invoice suaranya. iii. Keterlaluan dalam berhias (Tabarruj) dari pakaian (warna) dan solekan. iv. Tasabbuh (menyamai) budaya yang terlarang. v.Memaparkan pergaulan bebas. Suami bagi wanita yang sudah berkahwin turut bersyubhat jika membiarkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.