BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. saya ada pertanyaan berkaitan hal rujuk.. Ada lafaz khusus ke bagi proses rujuk itu berlaku? Dan sekiranya suami memang berniat untuk rujuk dan melafazkan ayat lebih kurang berbunyi begini "kita rujuk sebab masih dalam iddah, macam mana? Jika tidak iddah tamat perlu akad yg baru" Adakah ini dikira berlakunya proses rujuk atau bagaimana? Mohon pencerahan..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, perkataan rujuk dari segi bahasa bererti kembali. Dari segi syarak pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu iddah yang bukan talak bain.Rujuk adalah hak yang diberi oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu iddah isteri. Lafaz rujuk terbahagi kepada 2 iaitu : 1.Lafaz yang soreh ( jelas ) - ianya tidak perlu kepada niat 2. Lafaz Kinayah ( Kiasan ) – ianya perlu kepada niat rujuk. Menjawab persoalan puan, lafaz tersebut belum menunjukkan kepada rujuk samada lafaz yang soreh mahupun kinayah, kerana lafaz tersebut masih dalam berbentuk pertanyaan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 65

message user image