Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt. Saya ada persoalan persoalan Penting yg perlu penjelasan Segera dari pihak Tuan. Seorang Anak Tidak Sah Taraf itu : 1. Adakah beliau perlu Hormat dan Taat kpd ayah biologi nya ? 2. Apakah bentuk hubungan yg disarankan Islam dgn ayah biologi si anak ? 3. Adakah beliau perlu bersilaturrahim dgn keluarga sebelah ayah nya spt ibu saudara, sepupu dan sebagainya ? Apakah bentuk hubungan yg disarankan Islam ? 4. Adakah istilah itu 'Silaturrahim' relevan buat si anak dan keluarga ayah ? 5. Jika tidak bersilaturrahim dgn keluarga ayah nya adakah jatuh berdosa ? 6. Jika beliau anak sulung, Apakah bentuk hubungan yg disarankan dgn adik beradik seibu sebapanya ? Adakah istilah silaturrahim juga terpakai dgn adik beradik nya ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, 1) Wajib hormat dalam perkara yang hak seperti juga kepada orang lain dan bukan sebagai ayah kerana tiada hubungan nasab. 2) Hubungan seperti hubungan dengan orang awam yang lain. 3) Begitu juga di dalam soal bersilaturrahim. 4) Relevan dari segi hal persaudaraan sesama manusia. Seperti firman Allah; إنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُواْ أَخَوَيْكُمۚ وَﭐتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿۱۰﴾ Maksudnya: “Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”.(Surah al-Hujurat: 10) 5) Tidak bersilaturrahim dalam erti kata putuskan silaturrahim adalah berdosa. 6) Mempunyai hubungan adik beradik seibu sebapa kepada ibu (adik beradik tiri) tidak kepada bapa kerana tiada hubungan nasab. Namun jika bapa biologi tersebut mengahwini ibunya, maka dia adalah bapa tiri yang wajib dihormati. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.