BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Istihadah. 1. Hari ke 16 haid dikira istihadah. Waktu bilakah telah dikira masuknya hari ke 16 dan diwajibkan solat/puasa? Masuknya waktu maghrib atau waktu subuh? 2. “Wanita istihadah wajib berwudu setiap solat fardu & boleh menunaikan sebyk mana solat sunat” Bagaimana pula untuk solat jama & qasar? Adakah sekali wudu boleh utk gabungan solat jama & qasar?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari ; 1. Hari ke 16 perlu dilihat semula bergantung kepada tempoh permulaan haid pada hari pertama kedatangan haid tersebut. Sekiranya permulaan haid adalah pada 1 Disember 2020 jam 10.00 pagi, pada 15 Disember 2020 hari yang ke 15 haid, perlu dikira sehingga 24 jam selepas 10.00 pagi. Pada situasi ini hari ke 16 haid akan bermula pada 16 Disember 2020 jam 11.00 pagi. 2. Bagi wanita yang mengalami masalah istihadah, satu wuduk boleh diguna bagi menunaikan satu solat fardhu dan beberapa ibadah solat. Apabila menunaikan solat jamak ia dikira sebagai menunaikan dua solat fardhu. Oleh itu, seorang wanita yang beristihadah wajib mengambil wudhuk semula bagi menuanaikan solat yang kedua. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 81

message user image