BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ada persoalan. Ada contest yg dibuat oleh company laptop. Contest tu buat artwork then bagi yg menang akan dapat laptop. Artwork tu kena tulis "merry Christmas" so adakah xboleh utk saya join? Ucapan tu xboleh diucapkan?.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, Menyertai peraduan artwork yang perlu menulis “Merry Christmas” hendaklah dielakkan. Sekalipun ditawarkan hadiah yang lumayan, kerana ia seperti mengiktiraf dan meraikan sambutan perayaan tersebut. Sebagai seorang muslim tiada keperluan menyambutnya kerana perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam. Manakala hukum mengucapkan “Merry Christmas” adalah harus dengan syarat bagi menyuburkan semangat muhibbah dan tiada pengagungan syiar agama lain atau meredhainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 87

message user image