BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya soalan. Selepas solat Iysha saya terus solat witir. Setelah tidur, bolehkah saya bangun solat tahajjud dan lain-lain solat sunat dan adakah setelah saya solat saya kena buat witir lagi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, waktu solat sunat witir bermula setelah selesai solat isyak dan berakhir apabila masuk waktu subuh. Walau bagaimanapun, waktu terbaik melaksanakan solat sunat witir adalah di akhir malam sebagai penutup kepada solat sunat malam. Hadis daripada Jabir bin Abdullah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda;مَن خَافَ أَنْ لا يَقُومَ مِن آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ، وَمَن طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ، فإنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ، وَذلكَ أَفْضَلُ Mafhumnya: “Sesiapa yang bimbang tidak dapat bangun di penghujung malam maka solatlah witir di awal malam. Dan sesiapa yang yakin dapat bangun di akhir malam malam solatlah witir di akhir malam. Sesunggguhnya solat di akhir malam adalah disaksikan”. Bagi sesiapa yang bimbang tidak dapat bangun di akhir malam, maka boleh laksanakan solat sunat witir di awal malam atau sebelum tidur. Puan juga boleh laksanakan solat sunat yang lain jika bangun pada waktu malam dan tidak perlu diulang semula solat witir. Dikhabarkan di dalam sebuah kisah oleh Qais bin Talq RA bahawa seorang sahabat bernama Talq bin Ali RA telah menziarahi kami pada satu hari di bulan ramadhan, beliau berada bersama kami pada petang tersebut sehingga berbuka puasa, kemudian beliau solat malam bersama kami dan solat witir. Kemudian beliau pergi ke masjid untuk solat bersama sahabatnya yang lain sehinggalah tiba waktu solat witir, beliau meminta seorang lelaki ke hadapan untuk mengimamkan solat witir dan berkata solat witirlah kamu bersama sahabat kamu yang lain. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “tiada dua witir dalam satu malam”. (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 302

message user image