BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum wbt....Bagaimana anak perempuan yang di lahirkan sebelum pernikahan hendak di nikahkan dan anak itu tidak mengetahui akan pekara tersebut.Untok makluman saya & ayah nya telah berpisah.Kini anak saya ingin menikah tidak lama lagi.Apa yang harus saya lakukan?Saya sebelum ini tak sampai hati untuk menceritakn pekara itu kepadanya dan saya risau sekiranya ayahnya nanti juga tidak berterus kepada yang berwajib.Untok pengetahuan ayah nya berniat untok mengunakan khidmat wali hakim.Saya mohon pencerahan....Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, anak yang lahir sebelum pernikahan disebut anak tak sah taraf dan anak tersebut hanya dinasabkan kepada ibu kandungnya sahaja tidak dinasabkan kepada bapa sekalipun kepada bapa biologinya. Oleh itu anak tidak sah taraf hanya boleh berwalikan wali hakim sahaja untuk urusan pernikahan. Sehubungan itu, permohonan berkahwin tersebut perlu dirujuk ke Pejabat Agama Islam berhampiran atau terus ke mahkamah syariah untuk tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 128

message user image