BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam pihak Mufti Selangor.. Maaf ganggu...Sy Izairi....Ada soalan nak tanya harap pihak Mufti sudi menjawabnya...Saya tempoh hari pada 27/11/2020, ada pergi ke Bank Islam untuk buat akad pembiyaan peribadi Islamik.Sy asalnya tahu sedikit mengenai konsep Tawaruq yg diguna pakai oleh Bank Islam..Cumanya sy keliru & tertukar dgn konsep Bai Inah...Dimana sy ingat pada asalnya sy dgn pihak bank shj dlm akad tersebut....Rupanya sy sedar ada 3 pihak dlm konsep Tawaruq setelah sy pulang ke rumah. Ceritanya sy ada tandatangan kontrak cuma ada yg sy tak baca tapi sy tandatangan terus. Bila dah selesai semuanya sy pun balik ke rumah.Cuma sy tertanya2 kenapa tak ada akad jual beli berdasarkan konsep Tawaruq tuh. Bila esoknya 28/11/2020, baru sy teliti balik salinan kontrak tersebut...Dan baru sy faham akan konsep sebenar Tawaruq...Dimana Bank Islam ada guna konsep Murabahah dan Tawaruq..Sy wakilkan pihak bank sbg Ejen belian dan jualan komoditi kpd pihak kedua & ketiga. Dan sy ada bertanya staf bank yg sy berurusan hari tuh, beliau bgtahu urusan jual beli tawaruq tersebut dh selesai sebelum kami berpisah..jadi di sini adakah akad harituh sy dgn staf bank dikira sah? Sbb mmg ya sy ada tandatangan kontrak cuma sy x berapa jelas akan konsep tersebut dan tak baca betul2 apa yg sy tandatangan..Boleh ke sy pada waktu tersebut beranggapan sy guna akad Bai Inah tetapi sebenarnya sy tandatangan akad yg lain kerana sy tak baca & tak faham akan akad tersebut. Sy benar2 harap pihak Mufti sudi jawab soalan nih, sy xnak hasil muamalah nih tak berkat dan haram


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kontrak yang ditandatangani adalah akad yang sah, kerana persetujuan yang diambil kira adalah berdasarkan apa yang tertulis di atas kontrak bukan berdasarkan penjelasan semata-mata. Oleh itu, tiada keperluan untuk menandatangani semula kontrak yang telah dibuat dengan pihak bank. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 78

message user image