BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamulaikum Tuan Mufti, izinkan saya bertanya. Saya tidak mahu kucing betina saya beranak kerana bulu kucing yang terlalu banyak daripada anak-anak kucing menyebabkan saya semput. Apakah hukum memandulkan kucing saya? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Hukum memandulkan haiwan yang tidak boleh dimakan seperti kucing adalah haram dalam mazhab al-Shafie. Namun, jika berlaku perkara yang mengganggu maslahah umum seperti tidak mampu menjaga dengan kuantiti banyak, mengganggu kejiranan, mengelak cedera dipukul dan dilanggar oleh kenderaan, maka dibolehkan dengan syarat proses pemandulan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada kucing tersebut. Dicadangkan juga supaya diserahkan kepada pihak lain yang boleh menjaga kucing tersebut dengan baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 83

message user image