BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkan sesebuah pusat pengajian atau sekolah swasta Islam mengambil bayaran yuran secara advance..Contoh : Yuran bulanan di Sekolah A adalah RM 500.00 sebulan. Semasa pendaftaran pada Januari 2020 Pihak sekolah telah meminta utk jelaskan bayaran Jan 2020 dan Dis 2020. jumlah yang perlu dijelaskan adalah RM1000.00..Bolehkan bayaran Disember 2020 itu diambil? Apakah hukumnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk persoalan tuan, pihak sekolah boleh mengenakan bayaran pendahuluan kepada ibu bapa pelajar atau disebut bayaran yuran secara advance. Perbandingannya adalah umpama tuan rumah meminta bayaran deposit sewa rumah bagi 3 bulan pertama. Bayaran ini menjadi hutang atau tanggungan pihak sekolah untuk dikembalikan semula kepada ibu bapa jika kanak-kanak tersebut tidak lagi bersekolah di sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, perlu ada perjanjian bertulis antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar bagi maksud tujuan, syarat, pembatalan dan kesannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 86

message user image