Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya satu soalan, Sebelum saya hendak menunaikan solat, saya membuang air kecil dan membasuh kemaluan saya dengan sebersih-bersihnya. Kemudian saya mengambil wudhu. Setelah itu saya menunaikan solat. Setelah selesai daripada menunaikan solat, saya mendapati seluar dalam saya berbau hancing. Tetapi saya tidak pula rasa seperti terkeluar air kencing. Apakah yang patut saya lakukan dan perlukah saya menggantikan solat saya sekali lagi.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan ini, diantara syarat sah solat adalah suci pakaian, tempat solat dan anggota badan daripada najis. Oleh itu, jika dapat dipastikan bau tersebut adalah kesan air kencing maka solat tersebut wajib diulang (qada’) semula dengan menukar pakaian. Akan tetapi, jika bau tersebut hanya disebabkan kesan lembap pada pakaian maka solat sah dan tidak perlu diulang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.