BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, saya ada memakai inai yang saya baru perasan ianya sejenis tidak kalis air. Selepas memakai inai itu, saya ada mndi wajib dan ganti puasa. Jadi sekarang bagaimana status ganti puasa dan solat saya? Saya hanya baru perasan yang ianya tidak kalis air setelah 3 hari menggunakannya. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, setelah menyedari inai tersebut tidak kalis air, saudari perlu mengulangi semula mandi wajib, solat dan puasa ganti. Ini kerana, air yang tidak sampai kepada anggota wuduk dan anggota badan ketika mandi wajib menjadikannya tidak sah ibadah yang dilakukan selepas itu kerana wuduk atau mandinya tidak sah, sehinggalah semua rukun dan syarat sah wuduk dan mandi wajib disempurnakan. Inai yang dipakai juga hendaklah dibuang menggunakan bahan yang boleh menanggalkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 183

message user image