BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: 1) apakah hukum melakukan pembedahan mayat bagi pesakit covid 19? adakah ianya suatu keharusan? dan bagaimana kalau yang ada hanyalah mayat seorang muslim? 2) adakah melakukan pembedahan mayat ke atas mayat covid 19 ini merupakan suatu (dhoruriyat) di malaysia? saya ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan hal ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan; “Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan." Berdasarkan keputusan muzakarah di atas pembedahan ke atas mayat adalah Haram namun berdasarkan kepada beberapa keperluan yang mendesak ia diharuskan tetapi ianya tetap dilaksanakan dengan penuh penghormatan sesuai dengan kehormatan jenazah orang Islam sebagaimana hadis Rasulullah SAW : إِنَّ كَسْرَ عَظْمِ الْمُؤْمِنِ مَيْتًا مِثْلَ كَسْرِهِ حَيًّا Maksudnya: “Sesungguhnya mematahkan tulang orang beriman yang mati seperti mematahkan tulang orang beriman yang hidup.” (Riwayat Ahmad) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 138

message user image